Tuesday 25 January 2011

Sambil Tunggu Isyak

Ada banyak benda nak tulis tapi aku ni jenis dah malas nak menjaga blog ni. Tapi kalau tak jaga sapa suruh buka blog dulu. Dengan perasaan malasnya cuba la jugak nak update blog yang tak seberapa ni.

Skrang ni memang selalu sangat stay sampai lewat malam kat opis. Masalahnya bila balik rumah tu mula la nak baring sekejap, nak tgk tv sekejap, layan anime sekejap, sampai la dah dekat 11-12 mlm baru laa tersedar..sekejap la sangat sekejapnye kan. Sekarang ni dah jadi tekad dah, lebih baik duduk opis at least focus gak buat keje, bila terpikir nak buat benda-benda lagha, terus pikir buat apa duduk opis kalau nak buat benda-benda lagha baik duduk rumah boleh baring-baring sambil layan benda-benda lagha..kehkehkeh

Keje research alhamdulillah ada progress yang buat hati berbunga-bunga sekejap. Abis jer hujung minggu terus hati jadi tak keruan. Banyak lagi nak kena settle. Sekarang ni tengah collect data. Dah seminggu dah collect data ni untuk research. Dah tunjuk kat Fabio. Problemnye skrang ni aku belum distribute lagi application aku. So aku la sorang-sorang collect data. Sampai datanya tak lain dari aku pegi balik opis, pegi migros centro, pegi coop dekat rumah. Takde variasi. Esok, Andrea, SV kat US datang sini. Harap-harap dia okay dengan application aku ni. Kalau okay nanti bole finalize sebelum distribute kat app store.


Keje-keje bukan research banyak yang tertangguh. Hah? Tak tau keje bukan research?? ni benda keje bukan research ni..dia macam planning nak jalan-jalan tour europe ke. Melawat kawan-kawan ke kat UK ke. Tu bukan research la tu..haha. Ada gak dalam hati nak jalan-jalan tapi nak kena spend masa la pulak nak pikir nak ke mana, tempat tinggalnya, benda-benda best kat tempat nak pegi tu, klu main jalan jer bole tapi nanti jadi menyesal pulak. Pasal kat europe ni bila berjalan benda kita tengok takde lain, old city jer, so klu ada buat study sikit mungkin tau la tempat2 yang menarik tapi kurang di ketahui orang. Tapi benda ni bole tangguh dulu la. Tunggu sejuk winter ni kurang mungkin bole la plan elok pas tu.

Ni tgh berhutang gambar kat India hari tu..nanti la aku upload kat facebook. Karang nanti punya nanti terus tak teringat. isk!!

ciao ciao