Thursday 13 October 2016

Ulangkaji Saham

Hujung minggu lepas, aku pegi kelas ulangkaji saham. Awal tahun hari tu aku ada masuk kelas saham, untuk belajar macamana nak menjana duit dalam pasaran saham. So minggu lepas aku pegi kelas ulangkaji ni untuk memantapkan lagi pemahaman, kemahiran dan juga nak dapatkan info-info baru.

Aku dah start trading/investing dalam saham ni dah brapa bulan. So far untung dan rugi tu balance. Ada untung ada rugi. Kira-kira balik balance pulak. Aku terpikir mesti ada something wrong somewhere.

Hasil dari ulangkaji hari tu aku dapat kenalpasti beberapa problem aku:

  • aku tak tengok sentimen bila pilih konter. Kadang-kadang aku tak tengok FA pun.
  • aku selalu entry konter-konter murah. Bukan tak boleh konter murah, cuma kenaikan dan penurunan konter ni amat perlahan.
  • aku tak decide aku nak jadi trader ke investor. Trader keluar masuk konter cepat. Investor pulak jenis keluar masuk lambat.
  • Trading plan yang ke laut. Yang ini aku dah insaf. Sekarang ni memang aku buat trading plan. Cuma bila aku nak main trailing stop, selalu tak jadi. Probably because aku ambik konter murah.
  • Paper trade. Aku tak buat sebab tak seronok sebab tak pakai duit pun. Paper trade ni nak bagi mantap dan asah kemahiran. Yang tak bestnya, kat paper trade jadi kat real trade tak jadi.
Ada juga belajar cara entry tunggu pullback. Asas TA yang sama tapi entry berbeza sikit. 

Yang penting aku kena usaha lagi, kena mantapkan lagi dan asah lagi untuk dapat untung besar. Aku tak nampak tak boleh dapat untung kat saham. Cuma kena tau cara dan kawalan emosi.

BTW, terima kasih kepada yang memberikan tunjuk ajar.