Wednesday 31 May 2017

Ramadhan Kareem 2017

Hari ni dah masuk hari ke 5 puasa

Hari ni jugak hari pertama kami sekeluarga tak sempat bangun sahur. Sedar-sedar jer dah jam 5.30 pagi. Sempat minum air jer la

Bila masuk bulan puasa ni, bagi orang-orang yang macam aku, takda benda lain yang diharapkan. Aku cuma berharap agar amalan ku sepanjang tahun diterima dan menerima ganjaran dan diberkati. Begitu juga dengan keluarga aku. Semoga amalan kami semua diterima dan menerima ganjaran dan diberkati.

Aku dah buat sikit experiment berkenaan bulan puasa ni kat facebook. Aku nak tau hari pertama bulan puasa dengan hari terakhir bulan puasa bagaimana cuaca kat tempat aku. Sebab aku perasan, kalau hari pertama selalunya cuaca mendung, tak macam nak hujan tapi tak jugak panas. Aku letak kat facebook sebab selalunya newfeeds facebook akan remind posting tu tiap-tiap tahun.

Teringat masa duduk Lugano. Puasa time summer. Pastu gagah gak gi solat tarawikh. Jalan kaki lagi tu dari rumah ke masjid. Kalau pikir-pikir balik memang kuat semangat aku time tu. Huuu rindu la pulak dengan Lugano.

Bila dah berumur macam aku ni, rasanya memori-memori macam ni yang banyak mengusik jiwa. Macam ni boleh masuk kelab jiwa kacau.


Tuesday 16 May 2017

Bandung: Bercuti

Aku sebenarnya pernah ke Bandung 8-9 tahun dulu. Dah agak lama, dan memori aku pasal Bandung pun tak berapa jelas. Cuma dulu aku ke Bandung lebih ikut group dari UPM, so bila berjalan pun banyak pergi tempat-tempat pelancongan macam Tengkuban Perahu dengan kedai-kedai factory outlet.

Perjalanan kami ke Bandung baru ni, lebih kepada business. So business first dan bercuti tu sambil-sambil. Aku ni bila berjalan mana-mana suka perhatikan culture dan juga cara kehidupan penduduk di kawasan tu. Bila bercerita pasal Indonesia ni memang tak kan lari dari 'macet' - trafic jam. Dengan jumlah penduduk 10 juta di Bandung sahaja, memang takkan dapat lari dari 'macet'.

Apa yang aku suka dengan penduduk Bandung ni, disebabkan oleh kepadatan penduduk, mereka ni aktif berniaga. Scene yang paling best jalan kat Bandung ni adalah kedai makan, cafe dan restoran. Kat Bandung ni atau mungkin Indonesia keseluruhannya, restoran dorang suasananya memang menarik dan tenang. Memang harga makanan kat restoran ni agak mahal sikit dari biasa, cuma suasana dalam restoran tu memang tenang dan boleh menarik mood yang positif. Rata-rata yang aku tengok, restoran ni takda tv cuma ada musik yang bunyi agak slow.

Image result for cafe di bandung
Gambar dari google

Makanan disana pun lain dari Malaysia dan ada beberapa makanan kalau dijual di Malaysia mungkin boleh success. Antaranya Nasi Goreng Kambing, Nasi Bebek dan juga Murtabak San Francisco. Nasi Goreng Kambing ni sama macam nasi goreng ayam cuma gantikan ayam dengan kambing bakar. Sedap oooo.

Image result for nasi goreng kambing
Nasi Goreng Kambing

Murtabak San Francisco bentuknya dah macam pizza empat segi cuma dia bukan pizza. Bayangkan murtabak biasa, inti tebal dekat setengah inci, ada topping cheese kat atas. Peergggh memang meleleh air liur. Inti boleh pilih ayam, daging, tuna. Tambah pula intinya ada rasa pedas-pedas sesuai dengan citarasa orang kita.
 Image result for martabak san francisco
Tengok pun nampak sedap, apa lagi kalau dapat makan

Lain kali mungkin aku nak explore Jakarta pulak. Owh kalau dari airport Jakarta ada bus express ke Bandung (takda la express sangat sebab macet, cuma dia tak berhenti tepi jalan ambik penumpang). Kalau tak silap kaunter dekat airport Jakarta di pintu F, cuma aku sendiri tak pasti sebab hari tu aku naik train. Next time boleh cuba kot.

Sunday 14 May 2017

Bandung: Business

Minggu lepas aku pergi Bandung, Indonesia. Matlamat ke Bandung ni sebenarnya berkaitan dengan business aku sekarang, jual perfume. Business ni aku jalankan bersama-sama adik ipar aku. Kami import perfume dari Bandung dan jual semula ke Malaysia stail borong. Business ni kami bagi brand Perfume Bandung Malaysia.

Objektif kami sebenarnya nak deal dengan supplier kami. Sambil-sambil kami cari peluang untuk ambil perfume dari supplier lain. Bukan supplier sekarang tak ok tapi lebih baik kalau kami ada 2-3 suppliers. Mana la tau kalau terjadi apa-apa, tak ada lah business kami susah nanti.

Selain dari cari supplier, kami tengah nak cari kedai printing untuk cetak kotak, cetak plastik bag dan juga cetak baju untuk tujuan marketing. Cuma masa kami ke Bandung, timing tak berapa nak jadi sebab banyak kedai-kedai printing cuti hari wesak. Tambahan pula kami tak sempat untuk survey harga cetak di Seri Kembangan. Yang penting, kami dapat gambaran berapa kos untuk buat cetakan bagi semua benda-benda tu.

Ada juga beberapa benda lain yang kami nak buat di Indonesia tapi tak sempat. Silap aku juga tak pantau planning adik ipar aku ni. Takpa next time boleh perbaiki lagi part planning ni expecially bab timing. Aku pun kena commit masa lebih sikit kat business ni sebab aku tengok macam ada banyak benda terutamanya dari segi kos, staf dan operasi yang boleh ditingkatkan lagi.

Next time aku akan blog berkenaan Bandung dari segi bercuti. Apa yang aku suka di Bandung ni adalah scene restoran dan makanan. Ada something different dengan culture makanan di Bandung. Mungkin aku boleh bawa idea dari Bandung untuk diguna pakai di Malaysia.

Monday 8 May 2017

Kunci Kereta

Benda ni jadi dah lama cuma teringat balik.

Cerita pertama

Ada satu hari tu lepas balik kerja, aku bawa family ke Al@mand@. Bini nak buat kerja sikit kat dalam kereta sementara nak tunggu aku sudah solat asar. Aku pesan lepas kerja siap nanti, tunggu la aku kat area surau. Lepas solat aku pun pegi la cari bini ngan anak aku ni. Mana la dorang. Sebab tak jumpa aku pun pegi balik kat parking kereta. Tengok-tengok bini ngan anak aku masih dalam kereta.

Aku tanya, "tak siap lagi ke kerja?"

Bini jawab, " tak dapat buat kerja pun sebab internet slow."

Aku: "dah tu buat apa tunggu kat dalam kereta?"
.
.
.
.
.

Bini: "tak reti nak matikan enjin, pastu tak reti nak keluarkan kunci kereta"

Aku:"......hahaha"



....Bersambung untuk Cerita Kedua