Monday 23 October 2017

Cili Mulut Tu Karang..

Kisah berlaku hujung minggu lepas.

Masa ni aku balik Puncak Alam jumpa mentua sebab lama dah tak balik sana. Kebetulan anak buah pun balik. Gembirala si Amirah sepupu dia Afah ada. Ada la kawan dia nak bermain. Kalau tak asik tengok youtube jer.

Afah dengan Amirah ni beza bulan jer. Lahir tahun sama. Amirah bulan Januari, si Afah bulan November. Afah ni badan besar dari Amirah dan tinggi sikit. Yang pasti dua-dua ni mulut dorang, Masya Allah..pot pet pot pet. Memang suka membebel. Lagi2 bila dah besar ni macam-macam keluar dari mulut dorang.

Sedang elok dorang ni bermain, tetiba si Amirah mengadu kat aku. Aku baru jer lepas solat, Amirah mengadu.

"Ayah..Afah nak cili mulut Amirah". 

Aku yang dengar tu nak ketawa. Eh pandai pulak si Afah ni nak cili mulut. Dengan controlnya aku tanya. 

"Kenapa Afah nak cili mulut Amirah?"

"Ntah la..Mirah nak pinjam mainan pastu Afah nak cili mulut Mirah".

"Mesti Mirah membebel kat Afah kot".

"Mana adeeeee..Mirah cakap..." panjang la sampai aku pun tak dapat tangkap apa Amirah cakap.

"Dah Amirah asik bebel jer, sampai Afah pun nak cili mulut Amirah. Dah la Afah saja jer tu".

Hebat betul budak sekarang ni. Umur baru 4 tahun, membebel bukan main. Sampai pandai nak cilikan mulut orang lain pulak. Kah Kah Kah. ni mesti mengikut mak dia (adik ipar aku). Agak-agak dah stress tak tahan dengan anak sendiri bebel. Pastu cakap nak cili mulut. Sampai anak tu pun ikut jer la apa mak dia cakap. 

Dalam hati aku, memang patut pun Afah nak cili mulut Amirah tu. Membebel sampai kadang-kadang tak paham apa dia bebel. Ikut siapa la ni ek??

Monday 2 October 2017

Bukit Bendera, Pulau Pinang

Minggu lepas kena outstation gi Alor Star, Kedah. Kena buat workshop untuk kutip user requirement untuk sistem BCS. Ni pegi naik kereta ramai-ramai, kena pulak yang bawa kereta pompuan, confirm banyak singgah. Salah satu tempat dorang nak singgah adalah Bukit Bendera, Pulau Pinang.

Seingat aku, ni kali yang kedua kot aku sampai Bukit Bendera. Yang kali pertama tu dulu masa aku kecik lagi. Dah tak ingat macamana rupa Bukit Bendera ni. Yang aku ingat, keretaapi dia la. Yang lain aku tak ingat dah.

Jambatan Pulau Pinang
Team Jalan-Jalan Pulau Pinang

Aku dan Pagar Berkunci

Lompat Bintang

Tiket naik ke atas RM 10 naik dan turun. Kalau rasa nak naik jer pakai keretaapi bayar RM 5. Kalau student bawa student kad dapat la harga tiket RM 5 naik dan turun. Kami pegi hari tu dah petang so tak ramai sangat orang. Kalau hari cuti dengan hujung minggu memang ramai la orang. 
Abaikan Orang ini!!! Tengok background jer
Balik tu singgah la makan kat kedai sup ntah apa nama tah. Kami google naik pulak nama kedai ni dalam recommended list kalau nak makan kat Pulau Pinang ni. Bagi aku sup kat kedai ni sedap. Si Piye pulak tak kena dengan selera dia. Tapi bila badan dah penat, makan jer la. Dekat pukul 12 jugak la baru kami sampai kat Alor Star. Esoknya 3 hari aku berdiri bagi taklimat dengan penerangan berkenaan sistem BCS. Perggghhhh sakit badan