Tuesday 30 January 2018

AK 5106 BKI-KUL

Balik KK bercuti seminggu. Dah lama tak balik KK. Selalu balik pun time bulan puasa sekali dengan raya. Balik ni pun sebenarnya bini yang ajak. Sebab utama bini nak balik KK sebab kat KL dah tak tau nak jalan mana. Wahaha. Bunyi macam kayo jer.

Tapi sebab dah lama tak balik kan. Rasa bersalah la pulak tak menjenguk babah sama umi di KK. Selalunya babah sama umi yang pergi KL. Kami ni kalau balik KK bukan ke mana pun. Duduk rumah jer. Tak pun balik kampung di Sipitang dalam sehari dua.

Balik kali ni kami naik flight AirAsia AK 5106, flight jam 9.25. Dapat tiket boleh tahan la. Tak la mahal tak la murah. Dalam RM400 seorang. Kami bertiga RM1200 termasuk makan tapi tak masuk luggage. Ingatkan nak bawa dua beg hand luggage jer.

Sehari sebelum balik KK tu aku ada kerja di Kedah. Yang ni aku story lain kali. So balik dari Kedah tu, barang tak kemas lagi. Dengan bini beli kerepek la pulak kat Sungai Besar hujung minggu tu. Mana la nak muat 2 beg hand luggage. Malam tu juga book luggage AirAsia yang kena bayar tu. Esok nya aku estimate dalam jam 7 pagi kena gerak ke Putrajaya Sentral sebab nak naik KLIA transit. 

Pagi nak gerak tu, tengah siap-siap. Bini muntah-muntah la pulak. Bini tengah mengandung. Bila dah muntah-muntah tu memang tak gerak lagi jam 7. Dalam jam 7.15 kami gerak. Dah la time tu time orang pergi kerja. Dari rumah ke Putrajaya Sentral tu dengan jem segala 30 minit gak. Nak cari parking lagi. Huhuhu.

Sib baik la jugak train KLIA transit tak lama tunggu tapi dekat jam 8 gak. Sampai klia2 dalam jam 8.25. Aku dah risau takut tak sempat nak masukkan beg ke cargo. Check in dah buat malam tadi. Sekali aku sampai kat kaunter, memang AirAsia tak nak ambik beg aku masuk ke cargo. Berhuhu laa. Aku dah suruh bini aku masuk ke dalam dulu nak cepatkan proses security cek. Aku call bini tanya nak buat macamana ni. Beg tak dapat nak bawa masuk.

Aku pikir nak tinggalkan jer beg tu. Staff AirAsia pun tak membantu sebab aku tanya tak boleh ke tolong masukkan beg ni. Dia cakap kalau nak masukkan beli tiket next flight. Huhu. Memang tak boleh blah. Bukan nak menolong.

Lepas call bini aku tu, aku tawakal jer la tanya staff AirAsia kat pintu masuk sebelum security cek tu. Dia cakap ikut saiz boleh bawa masuk tapi berat beg tak lepas ni. 

Aku cakap kat dia,


"Saya tahu memang tak lepas berat beg ni. Saya dah nak masukkan ke cargo. Tapi staff kat kaunter tak terima sebab dah lambat. Boleh saya panggil wife saya kat dalam tu?"

Dia balas.



"Macam ni la encik, saya percaya kat encik. Nanti encik masuk ke dalam, encik kurangkan la berat beg ni. Pindahkan ke beg wife encik"


Aku pun angguk. Cakap ok dan terima kasih.

Berlari masuk ke dalam. Sekarang ni dah jam 8.45 dah. Gate tutup jam 9. Lepas jer security cek, kami satu family berlari ke gate. Kena pulak gate tu gate yang paling hujung, gate J17. Aku cakap kat bini aku,

"Abg jalan dulu, nanti dorang tutup gate. Umi jalan pelan-pelan".

Nasib baik la sampai gate J17 tu gate tak tutup lagi. Aku pun cakap kat staff situ. 

"Jangan tutup gate lagi yer, wife saya kat belakang. Dia mengandung tu kena jalan pelan-pelan".

"Ok encik gate tak tutup lagi ni".

Tak lama lepas tu sampai la bini aku. Kesian dia tercungap-cungap. Sempat pulak tu bini aku cakap.

"Tau tak Amirah boleh cakap..Umiiiii...kalau Amirah pengsan ni macamana?"

"Apsal pulak pengsan?"

"Amirah penat..Jauh sangat nak kena jalan."

Wahahaha. Nasib baik la sempat naik flight. Bini aku dah menyumpah. Katanya lain kali tak nak naik AirAsia. Aah yer la. Kalau kayo sangat beli kapal terbang sendiri jer la ekkkkkk

Selamat sampai KK

Monday 22 January 2018

Internal Server Error

Happy New Year Everyone..haha

Rasanya belum terlambat nak ucap selamat tahun baru. Memang nak buat posting pasal New Year tapi tak sempat sebab kerja yang bertimbun. Tambahan pulak aku dipindahkan ke position baru. Sebelum meninggalkan position lama, kerja kena kasi siap boh.

Banyak kerja yang tak siap lagi. Yang paling besar data migration dari sistem baru nak up ke sistem yang lama dah up. Script aku dah buat separuh. Tengah buat testing script tu pakai dummy data. Dah dekat 2-3 minggu gak aku buat tak success lagi. Baru minggu lepas jumpa jalan. Kena pulak minggu ni website h**p***l s***y**g down disebabkan oleh power trip. Jenuh aku cari root cause punca website tu down.

Sebenarnya maintenance website ni bukan kerja aku pun. Tapi disebabkan team kat site sume lepas tangan, manager minta tolong aku. Aku sebenarnya malas nak buat tapi takpe la niat nak tolong jer la. Huhuhu

Problem kat website ni sebenarnya takde la complicated tapi kat error log tak bagitau problem sebenar. Kat website tu pulak cuma keluar Internal Server Error. Problem dengan Internal Server Error ni banyak sebenarnya so kena cari satu-satu punca. Abis semua configuration file, .htaccess file, database, Joomla component, hostname aku tengok.

Internal Server Error
Kalau ikutkan logik aku, takkan la sebab powertrip kacau configuration. Sebab mcm tak logik la kan. Yang jelas dan terang, bila masuk website tu macam hostname tu tak function. Mcm link ke hostname tu hilang. Tapi bila aku try file dalam folder under hostname tu dapat la pulak. Lagi la pelik.

Pastu bila aku try buka website tu pakai ip address instead of pakai hostname, error yang keluar jadi lain dah. Bukan lagi Internal Server Error, jadi Error Displaying Error Page. Lagi la pelik. Bila google problem ni pun, error tu macam tak lengkap sebab sepatutnya ada lagi error indicator yang sepatutnya error tu keluarkan.

Di pendekkan cerita, aku restart balik webserver nak tengok apa error log. Ade keluar uncaught SIGTERM, shutting down. Google error tu, ramai suggest untuk update apache dengan php. Aku update semua tu. Bila restart webserver, keluar lagi error sama Internal Server Error. Lepas tu aku terbaca kat forum camne nak run balik backup akeeba. Aku run backup akeeba tu. Bila akeeba tu dah success, kat website pakai hostname masih sama Internal Server Error, tapi kalau pakai ip address errornya dah lain. Ade problem kat database sebab ada satu table crash.
etc/httpd/logs/error_log
Ni pun jadi masalah lain pulak. Kan team site minta tolong kat aku. Aku pulak takde access ke database. Username dengan password database mana aku tau. Aku tanya dorang apa username dengan password database. Dorang pun tak pasti sapa yang tau. Puas aku tunggu, last-last aku godek balik kat configuration file. Sib baik ade kat situ. 

configuration.php
Lepas dapat masuk database tu, aku run la repair table tapi tak jalan. Ahhhh sudah, apsal pulak ni. Sambil pikir, sambil google baru la teringat, masa aku run repair table tu aku tak point lagi ke database mana. Huahahaha. Memang la tak jalan. Ini pun sebab aku terpikir nak tengok semua tables kat database tu. Patutnya lepas masuk ke database environment, kena point dulu ke database mana baru la boleh panggil semua table. Dah dapat tu aku run jer la repair table. Alhamdulillah settle masalah. Up gak website tu. 

So untuk reference masa depan, kalau website down disebabkan oleh power trip. Kemungkinan besar problemnya disebabkan oleh table session crashed. Solutionnya repair jer table ni then website akan up balik.