Monday 26 February 2018

Servis CVT kat Proton SC

Post ni saja nak buat rekod servis CVT kat Proton SC (service centre).

Kalau ikutkan aku pun tak teringat bila last aku servis cvt ni sebab dah lama sangat aku tak buat major servis kat SC. Selalu aku buat pun tukar minyak itam, oil filter, air filter, spark plug. Kadang-kadang aku suruh pomen bersihkan oil sump. Oil sump ni tempat takungan minyak hitam. Kalau lama sangat tak bersihkan berkeladak dalam tu.

Berbalik pada CVT ni, aku jadi perasan lama tak servis bila masuk gear reverse kereta jadi jerking. Puas memikir baru perasan dah lama tak servis. Aku cari la info kat forum, berapa kerugian nak servis CVT ni. Sekali dengan timing kilometer bila kena servis.

Lepas cari info aku decide buat kat SC jer la sebab
1. harga sama jer even kalau suruh bengkel luar buat.
2. kalau buat kat SC, kalau jadi pape aku boleh point finger balik kat dorang

Tapi, lepas recce few SC, rupanya harga dorang ni tak sama. Ada satu SC quote servis CVT including tukar minyak, tukar filter, tukar gasket filter dengan clutch adaptation kena RM500++. Aku cari info balik sepatutnya range harga servis CVT ni dalam RM450++ jer. 

Puas la aku mencari SC mana yang bagi harga macam tu. Ntah satu hari tu tergerak hati nak tanya kat SC Taman Equine. Bila SC bagi harga RM450++, aku pun terus buat. Kebetulan, kilometer Saga FLX aku dah 180K. Bila tanya timing, sepatutnya 60K km kena servis. Huuu sib baik la tak jadi pape. Aku ingat aku memang dah over kilometer dah untuk servis CVT ni. 

Lepas servis CVT tu memang terasa smooth jer driving. Jerking memang dah takde la. Bila tekan minyak pun tak perasan dah drive laju.

Memang la RM450++ agak mahal la jugak tapi daripada aku kena ganti gearbox better aku servis jer. Aku cari info kalau gearbox rosak prepare la dalam RM3-4K. Perrrghhhh, berlobang wallet





Wednesday 21 February 2018

Dungun, Terengganu

Cuti-cuti Malaysia tiba lagi.

Kali ni Cuti Tahun Baru Cina.

Destinasi kami...Dungun, Terengganu

Ehhh..kenapa gi Dungun, bukan ada pape pun (kalau korang minat shopping2..Dungun bukan lah tempatnya..gi Kuala Terengganu k). Kami ke Dungun sebab nak melawat kakak orang rumah aku, senang cerita kakak ipar aku.

Kakak ipar aku ni baru pindah Dungun, ikut suami dia kerja polis. 2 bulan lepas dia baru pindah Kemaman. Belum sempat nak ke Kemaman, dia dah pindah Dungun. Aku pun lama dah tak berjalan jauh-jauh naik kereta ni. So ke Dungun la kami cuti hujung minggu lepas.

Sampai Dungun, terus mandi laut
Cari tempat nak berjalan kat Dungun
Rantau Abang

Ada batu besar kat Rantau Abang

Anak dan sepupu-sepupu mandi laut

Aku berselfie dengan batu, bukan dengan orang kat belakang

Balik dari Dungun, singgah Kemaman. Orang rumah aku bagitau kat Kemaman ada orang jual satar yang sedap dan dibekukan. Aku follow jer.

Keluar dari Kemaman nak balik KL dah petang lepas asar, lebih kurang jam 5 petang. Sampai jer Temerloh, trafik jam dari Temerloh ke tol Karak, dari tol Karak ke tol Bentong, dari tol Bentong ke tol Gombak. Sampai rumah jam 2.30 pagi

Sib baik dah ambik cuti awal-awal.