Monday 26 March 2018

Didi & Friends: Jom Tengok Wayang


Pandai sungguh la Creator Didi & Friends ni. Pakai tagline Jom Tengok Wayang.

Image result for didi and friends konsert hora horey


Kisahnya minggu lepas orang rumah ajak tengok wayang. Aku ni biasa la ok jer. Si Amirah pulak bila dengar nak tengok wayang terus sebut Didi & Friends.

"Umiiii...Mira nak tengok Didi & Friends...Jom Tengok Wayang."

"Ada ke wayang Didi & Friends?"

"Adaaaa...Mira tengok kat youtube."

Aku menyampuk,

"Ada wayang Didi & Friends. Dorang buat time cuti sekolah jer tu."

"Cerita apa?" Orang rumah aku tanya.

"Entahlah..mungkin ada cerita lepas tu selit-selit dengan lagu Didi & Friends tu."

Orang rumah aku nak tengok cerita lain sebenarnya. Si Amirah pulak nak sangat tengok Didi & Friends tu. Puas dah pujuk tak jalan gak. Jadi terpaksala kami bertiga pegi tengok wayang Didi & Friends.
Image result for didi and friends konsert hora horey

Bila nak belikan tiket, penuh la pulak. Sampai kat sana jam 3. Wayang jam 3.10. Dah penuh. Next jam 5. Pun penuh. Nasib baik jam 7 ada kosong. Si Amirah boleh menangis bila kami bagitau wayang dah penuh. Ish tak malu betul.

Kat dalam wayang tu dorang tak tutup lampu. Tak macam tengok wayang lain, gelap kan. Yang ni special sikit. Aku dah agak ni nanti mesti anak-anak ni menyanyi dan menari kat depan ni. Mula-mula tu ada sorang je budak kecik pegi depan. Yang lain aku tengok menyanyi kat tempat duduk jer. 

Pertengahan wayang tu aku keluar nak solat maghrib. Bila aku masuk balik jer, dah penuh dah kat depan screen budak-budak ni menari sambil menyanyi. Haha. Mak bapak redha jer la. Bagi can kat anak-anak happy time cuti sekolah ni.

Orang rumah aku bagitau, mula-mula si Amirah tu mengomel.

"Apala dorang ni berdiri-diri kat depan"

Lepas tu dia pun join sekali. Haha

Sampai la abis wayang. Semua budak-budak tu menari kat depan. Bila tanya Amirah best ke tidak. Dia cakap, "Best la. Nak pegi lagi!!" Aku bagitau mana ada dah. Hari ni jer ada Didi & Friends. Terpaksala bohong kat anak. Kalau tak hari-hari nak tengok. 


Ok aku selit sikit jalan cerita Didi & Friends ni.

Basically.....TAKDE JALAN CERITA.

Wayang dia sama macam kalau korang buka youtube Didi & Friends. Dari satu lagu ke satu lagu selama 1 jam lebih sikit. Mak bapak yang bawa anak tengok wayang ni semua dah redha dah. Nak anak happy. Ada yang masuk wayang, anak dah settle, mak bapa ambik phone dan layan phone sampai abis wayang sambil-sambil tengok anak. Kehkehkeh.

Janji anak happy!!!

Image result for didi and friends konsert hora horey

*credit gambar dari Google.




Monday 12 March 2018

Upacara Pembersihan Laptop

Untuk memulakan majlis, Saya menjemput tuan punya laptop untuk memberi sepatah dua kata...

(ini standard kat Mesia, nak mulakan upacara kena ada ucapan)

"Terima kasih kepada yang sudi datang..meluangkan masa...bla..bla..bla. Dengan ekonomi yang tidak baik ini...bla..bla..bla. Mohon kiranya tuan-tuan dan puan-puan, mengundi..bla..bla..bla. Saya tidak mahu berucap panjang..bla..bla..bla. Terima Kasih"

(ini ucapan imaginasi aku jer)

Kita jemput pawang laptop untuk memulakan upacara pembersihan laptop.

Pawang laptop pun mengambil air putih yang telah dijampi, mulut pawang laptop kumat-kamit.

"...puuuuiiiihhhhhhh..."

Disemburnya air jampi tadi ke udara. Abis semua tetamu kena air liur pawang laptop.

"..wahai mambang yang merasuk laptop, keluarla kau dan berlawan dengan aku.." kata pawang laptop.

Tapi laptop tu tak jadi apa-apa pun. Tetap diam macam tu gak.

"..aish berani kau melawan cakap aku, hah!!"

....

Ok mengarut dah ni..hahaha

Pasal laptop aku dah lama aku tak buat house keeping atau pembersihan. So aku pun cadang-cadang nak buat hari ni. Nak susun dan sort segala fail-fail yang ada. Nak buang fail yang dah tak guna (movie banyak nak buang ni). Backup fail yang berguna tapi buat masa sekarang tak guna lagi. 

Ingat yer, kalau kereta pun korang servis ikut time, laptop pun kena servis gak. Servis paling koman pun susun la fail dalam C dengan D drive tu. Yang hardware, bersihkan la habuk-habuk yang ada. 

Lets get started.



Monday 5 March 2018

Meeting at MaGIC

Pagi ni meeting kat MaGIC as part of masuk division baru.

Sebelum ni dah ade colleague yang dah contact pihak MaGIC and pegi initial meeting dengan dorang. So yang aku pegi ni lebih kepada followup meeting to discuss berkenaan benda-benda yang my colleague tak dapat nak explain further time initial meeting hari tu.

Pandangan aku, meeting hari ni lebih kepada macamana MaGIC boleh bantu BI+ untuk innovation lab. MaGIC quite clear apa yang dorang boleh bantu whereas BI+ perlu clearkan apa yang BI+ nak buat. Sebab without clear goal or target, benda innovation ni mungkin tak jalan or tak dapat apa yang kita nak.

Kalau kena caranya, MaGIC ni memang nak membantu entrepreneur and innovator tapi not on funding or duit. Dia lebih kepada connecting you to the right person to talk too or to the suitable mentor to guide to. Pada aku, first part of the meeting tadi, pihak MaGIC lebih kepada suggest untuk BI+ clearkan apa BI+ nak, apa goal BI+ nak achieve untuk innovation, the details untuk potential innovation participants and semua details yang perlu.

Second part of the meeting, pihak MaGIC seems willing to help untuk connecting BI+ to the right person to talk to about current BI+ products macam sadiqin and islamic welfare. Again BI+ kena decide lah the details macam business model, structure, and whatever yang BI+ nak untuk push the products to the market. MaGIC bagi cadangan probably BI+ kena tengok outside market such as Indonesia and China since Islamic financial has huge market and demand kat dua tempat ni.

For me, I think peluang yang MaGIC offer ni sangat2 susah nak dapat. The thing is MaGIC cuba buka jalan, BI+ kena buat kerja. So BI+ kena tau kerja apa yang perlu dibuat tu. Jadi takde la sia-sia bila MaGIC buka jalan.