Friday 15 January 2016

Meeting Business Idea

Rabu lepas, aku dan A gi meeting dengan BC berkenaan dengan bisnes idea A yang aku pernah bagi hint kat post dulu.

My impression terhadap A adalah dia tak pernah buat bisnes dan dia amat selesa dengan kerja dia sekarang (akademik). Masa aku dan A berbincang pasal bisnes ni, aku perasan A needs to change his mentality. Sebab A nak bisnes tapi takut orang curi idea dia. Bisnes ni is about menjual. Nak menjual kena la cerita kelebihan produk kita. Tapi kalau takut produk kita ditiru sebab kita cerita pasal produk kita, sampai bila kita boleh nak jual produk.

Kita ni bukan jual barang makanan. Kalau barang makanan lain la.

Aku punya impression tu mempengaruhi aku. Aku cakap kat BC, A ni tak pernah bisnes. Mentaliti dia kena tukar. BC noted dan dia cakap dia try la to input seberapa banyak yang boleh so A can slowly think about it.

Meeting hari tu, A start cerita berkenaan idea dia. A tunjuk demo kat BC. A points out apa problem dia cuba tackle, why dia buat idea ni, and initial customer segment dan sebagainya.

BC gives a good points. BC cakap idea ni ada potensi untuk dijual. The approach is different from current available product. The bisnes idea ada added value and different to other product.

Point lain BC bagi is customer segment. Different customer segment, lainlah financial forecast and marketing approach. Kemudian BC suggest we need to do validation, and tengok mana punya customer segment gives more money tapi at the same time kurangkan kos overhead.

BC punya suggestion ni aku dah biasa buat. Aku cuma nak tengok reaksi A. Syukur, A agreed dan dia nampak the logic of BC punya suggestion. Dan A tak sebut pun pasal investment kat BC.

Next what we should do on this idea is to apply for funding, thinks about product name and doing the validation process. The key here kalau idea tu gempak sekali pun, tapi takda sapa nak beli, bisnes tetap rugi.

Doakan supaya aku dapat jadikan bisnes startup ni berjaya.



No comments: